http://papaterhebat.blogspot.com

Friday, January 28, 2011

Dunia seorang Pemancing

salam semua..bertemu lagi di entri yg seterusnya..kali ini terasa mcm nak sembang2 pasal pancing la pulak.al-maklum la, dah jadi hobi baru tahun 2011 ni.pikir punya pikir elok jgak ada hobi outdoor ni.setelah sekian lama duduk terperuk kat depan komputer.ntah mcm mana boleh terjebak untuk menceburi dunia nelayan ni.aku pun dah lupa.mgkn pengaruh kawan kat tempat keja kot.yang kebanyakkan adalah pemancing tegar...ada jugak beberapa kali follow diorang pi trip mancing.tapi so far, hampeh...takpe la.belum ada rezeki aku lagi kot.bak kata org, memancing ni kena sabar.hati tetap teruja untuk duduk sebaris dengan kawan2 yg dah berjaya naikkan ikan 5kg - 10kg..beratkan :) hehhee..nanti apa2 cerita atau tips kita akan kongsikan la kat sini..contohnya,mcm mana nak letak umpan, ikat perambut, peralatan dan juga teknik2 masa mancing..

Ni la senjata baru aku untuk di bawa ke spot mancing..mintak2 la ada luck.Joran Santec 7 kaki  dan mesin pulak Pioneer 50lb (5 ball bearing).Buat permulaan ni, guna je yg cap cokia dulu.Cokia pun abis rm90 gak kat benda ni.Belum aksesori lagi.Yang penting bg aku sekarang adalah panjang joran tu.Senang sikit nak baling jauh.Biar sampai ke pulau sebelah..Orang baru kena belajar baling dulu.Bg ketepatan tu jitu dan mantap dulu.Mesin pulak kira cukup mkn la utk ke laut.Takkan nak main kat parit je kan..hehehhe, jumpa lagi di entri seterusnya ye..Tunggu pulak cerita baru aku naikkan ikan2 besar.

Tuesday, January 18, 2011

Cara Penjagaan Tokek @ Gecko

Jual beli tokek dan penjagaan. 
      Salah satunya masalah yang lazim adalah berat badan tokek yang menyusut ketika sampai di timbangan. Hal itu disebabkan karena si tokek stress semasa di tangkap atau terpicit dengan tangan. Stress boleh membuat tokek terkena DieMania .. hehe ..
Hal inilah yang selalu mewujudkan perdebatan antara pembeli dan penjual. Ini adalah disebabkan penjual@tokekman merasa yakin dengan berat tokek semasa menimbangnya dirumah, tapi berubah dengan drastik apabila ditimbang semula dengan penimbang si pembeli.
Hal yang patut di perhatikan semasa dan setelah menangkap tokek :

    * -Jangan menangkap tokek dengan tangan seperti kita menangkap kucing atau ayam , karena bila badan tokek terpicit, dan bakal stress dan seterusnya susut berat badannya.Perlu diingatkan, Tokek adalah spesis CICAK yang memutuskan ekornya apabila panik.Kalau ekor dah hilang berat pun kurang la.Benda tu mana boleh jual asing2.
    * -Simpan Tokek di dalam kawasan yang berudara tetapi gelap, berikan makanan, seperti udang kering, cengkerik, lipas atau lainnya. Tidak di sarankan memberi tokek sepiring pizza, makaroni, ayam kfc... di khuatiri tokek itu akan menjadi manja.Rokok pun tak boleh bagi.Terutama sekali rokok GUdang Garam.. =P
    * -Biarkan tokek beradaptasi dengan sangkar / kandang barunya. Tidak perlu melengkapi kandang tokek dengan home theater , tv widescreen, atau playstation.
    * Jangan menggoncang sangkar / kandang tokek, apalagi mengajak tokek bermain playstation...

Semoga tokek anda cepat membesar dan sihat.Majulah Tokek untuk Negara...

Petua Suami Isteri...

 
Laki-laki pasti akan menjadi suami dan seterusnya menjadi si suami selepas dia berkahwin dengan isterinya. Orang kata, laki-laki ni sebelum berkahwin bukan main ligat puji kekasih dia, tolong hantar pergi kerja, teman tengok wayang, kalau boleh serba serbi dia nak turut serta, setuju bukan? TAPI, kebanyakkan lelakiakan  terlupa perkara itu selepas berkahwin, dan dengan itu tolonglah baca post ini untuk menyedarkan kita sebagai lelaki, kalau ada cik kak atau makcik yang nak share dekat facebook, boleh tekan butang ‘i like” dekat bawah ye.

1. Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relaks-relaks sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua, sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Monday, January 17, 2011

Mcm Mana Nak Sorok Shoutbox Ni!!!!!!

      Dapat buat blog yg cantik mmg best kan. Ni aku ada tgk blog orang yg dah otai2 ( aku baru start semalam.so bukan otai la :) Tertarik la sgt dgn satu function kat blog dorang ni.Shoutbox yg bleh sorok(Auto Hide).Satu dari kelebihan benda ni ialah dapat menjimatkan ruang kat blog kita yg sendat dgn widget2.Nak buang widget lama sayang la pulak.Setelah puas menyelongkar sumber2 berkaitan dan setelah buat try n error baru la berjaya dgn jayanya..Hiahiahiahia. :P
      Apa kata kalau kita kongsikan benda ni kan.Sbb saya pun baru belajar jgak.Taip pun main hentam je apa ada dlm kepala.
      Bagi yang belum mempunyai shoutbox tu bleh la register dulu kat sini .Dah siap bleh proceed ke acara membubuh kod Shoutmix.
      Setting asal shoutbox jgn di buang.Nanti kena masukkan kat ruang yang saya tunjukkan dlm tu.Kat dlm kod tu tajam2 kan la mata cari  MASUKKAN CODE SHOUTBOX KORANG KAT SINI.Padam mesej tu dan ganti dgn kod shoutbox korang.
      Tak la pandai sgt nak tunjukkan kat kawan2 semua.Tp apa yg ada kita kongsi ye.Selamat mencuba.Apa2 yg x paham sila tanya ye.Malu bertanya sesat di blog kata org dulu2.Ohh ye, lupa pulak ..Kod dia download kat sini ye ---->> AutoHide ShoutBox Html Code
       

Sunday, January 16, 2011

Saja Test nak jadi Blogger..



Tak tau la bleh pi ke x bleh pi...Mintak2 la bleh jadi hobi aku yang terbaru. Daripada dok termangu kat depan laptop tanpa arah tujuan.Baik aku buat sesuatu untuk kita sama- sama dpt berkongsi apa2 je.Tentang apa2 je yang tgh fly pass kat kepala hotak.Rasanya boleh kot..Mcm mana??Ada bakat x??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...