http://papaterhebat.blogspot.com
Showing posts with label Information. Show all posts
Showing posts with label Information. Show all posts

Monday, February 28, 2011

Petua mengelak Dan Merawat Ruam Lampin



     Ada bayi yang mengalami masalah ruam, kebanyakan punca biasa adalah disebabkan lampin lambat ditukar apabila lampin bayi dah basah. Ia juga boleh berpunca drpd alahan kulit bayi terhadap jenama - jenama lampin yg tertentu. Tak semestinya lampin yg mahal sesuai untuk semua jenis kulit bayi, dan tak semestinya lampin ekonomi akan menyebabkan alahan untuk bayi. Ibubapa kena la selalu periksa keserasian bayi dengan lampin yang digunakan. Bagi yang menggunakan lampin kain pula, ia mungkin boleh berpunca dari sabun yang digunakan untuk membasuh lampin kain tersebut. Sekiranya bayi anda mengalami ruam lampin, cubalah sapukan minyak kelapa pada ruam bayi. Lakukan 2 kali sehari. Anda juga boleh mencuba krim untuk ruam lampin. .

Tips Bercuti Di Pulau Mabul Sabah.


Perjalanan Dari Kuala Lumpur.
Dari LCCT ke Lapangan Terbang Tawau menaiki Air Asia mengambil masa 2 jam 45 minit, lebih cepat dan tambang penerbangan murah.
Sekarang (bermula Disember 2008) MAS pun telah membuat penerbangan langsung dari KLIA ke Tawau Airport.  Jadi kalau tidak selesa dengan penerbangan tambang murah, bolehlah naik MAS.

Lapangan Terbang Tawau ke Semporna.
Tiba di Lapangan Terbang Tawau, tidak ada pengangkutan awam murah melainkan anda memilih menaiki teksi sewa ke Semporna selama 1 jam dengan kadar tambang RM100. Sekiranya hendak menaiki bas mini ke Semporna, anda perlu ke Tawau dengan menaiki bas sewa khas ke Tawau selama 40 minit dengan tambang RM10 sahaja.
Dari Tawau ke Semporna menaiki bas mini.
Dari Station Bas Semporna-Sandakan-Kunak di Tawau, anda boleh menaiki bas mini ke Semporna dengan tambang RM10 dengan mengambil masa selama 2jam.
Di mana hendak menginap?
Saya hanya dapat menyenaraikan dua tempat ini untuk anda tidur menginap berapa hari anda suka memandangkan saya mempunyai beberapa pengalaman kurang baik di beberapa penginapan yang lain. Kedua-dua tempat ini saya berani jamin ianya selamat dan memudahkan anda mendapatkan info lanjut mengenai perjalanan anda di Semporna. Anda boleh menempah bilik dan perkhidmatan yang disediakan lebih awal dengan hanya menggunjungi laman web mereka.
Tempat menarik yang boleh anda kunjungi di Semporna.
  1. Pulau Sipadan.
  2. Pulau Mabul.
  3. Pulau Kapalai.
  4. Pulau Mataking
semporna
map1mapsipadan
seafest
Hotel Seafest (3 star) www.seafesthotel.com
floating
Dragon Inn Floating Hotel www.dragoninnfloating.com.my

Tuesday, January 18, 2011

Cara Penjagaan Tokek @ Gecko

Jual beli tokek dan penjagaan. 
      Salah satunya masalah yang lazim adalah berat badan tokek yang menyusut ketika sampai di timbangan. Hal itu disebabkan karena si tokek stress semasa di tangkap atau terpicit dengan tangan. Stress boleh membuat tokek terkena DieMania .. hehe ..
Hal inilah yang selalu mewujudkan perdebatan antara pembeli dan penjual. Ini adalah disebabkan penjual@tokekman merasa yakin dengan berat tokek semasa menimbangnya dirumah, tapi berubah dengan drastik apabila ditimbang semula dengan penimbang si pembeli.
Hal yang patut di perhatikan semasa dan setelah menangkap tokek :

    * -Jangan menangkap tokek dengan tangan seperti kita menangkap kucing atau ayam , karena bila badan tokek terpicit, dan bakal stress dan seterusnya susut berat badannya.Perlu diingatkan, Tokek adalah spesis CICAK yang memutuskan ekornya apabila panik.Kalau ekor dah hilang berat pun kurang la.Benda tu mana boleh jual asing2.
    * -Simpan Tokek di dalam kawasan yang berudara tetapi gelap, berikan makanan, seperti udang kering, cengkerik, lipas atau lainnya. Tidak di sarankan memberi tokek sepiring pizza, makaroni, ayam kfc... di khuatiri tokek itu akan menjadi manja.Rokok pun tak boleh bagi.Terutama sekali rokok GUdang Garam.. =P
    * -Biarkan tokek beradaptasi dengan sangkar / kandang barunya. Tidak perlu melengkapi kandang tokek dengan home theater , tv widescreen, atau playstation.
    * Jangan menggoncang sangkar / kandang tokek, apalagi mengajak tokek bermain playstation...

Semoga tokek anda cepat membesar dan sihat.Majulah Tokek untuk Negara...

Monday, January 17, 2011

Mcm Mana Nak Sorok Shoutbox Ni!!!!!!

      Dapat buat blog yg cantik mmg best kan. Ni aku ada tgk blog orang yg dah otai2 ( aku baru start semalam.so bukan otai la :) Tertarik la sgt dgn satu function kat blog dorang ni.Shoutbox yg bleh sorok(Auto Hide).Satu dari kelebihan benda ni ialah dapat menjimatkan ruang kat blog kita yg sendat dgn widget2.Nak buang widget lama sayang la pulak.Setelah puas menyelongkar sumber2 berkaitan dan setelah buat try n error baru la berjaya dgn jayanya..Hiahiahiahia. :P
      Apa kata kalau kita kongsikan benda ni kan.Sbb saya pun baru belajar jgak.Taip pun main hentam je apa ada dlm kepala.
      Bagi yang belum mempunyai shoutbox tu bleh la register dulu kat sini .Dah siap bleh proceed ke acara membubuh kod Shoutmix.
      Setting asal shoutbox jgn di buang.Nanti kena masukkan kat ruang yang saya tunjukkan dlm tu.Kat dlm kod tu tajam2 kan la mata cari  MASUKKAN CODE SHOUTBOX KORANG KAT SINI.Padam mesej tu dan ganti dgn kod shoutbox korang.
      Tak la pandai sgt nak tunjukkan kat kawan2 semua.Tp apa yg ada kita kongsi ye.Selamat mencuba.Apa2 yg x paham sila tanya ye.Malu bertanya sesat di blog kata org dulu2.Ohh ye, lupa pulak ..Kod dia download kat sini ye ---->> AutoHide ShoutBox Html Code
       
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...