http://papaterhebat.blogspot.com

Monday, February 28, 2011

Tips Bercuti Di Pulau Mabul Sabah.


Perjalanan Dari Kuala Lumpur.
Dari LCCT ke Lapangan Terbang Tawau menaiki Air Asia mengambil masa 2 jam 45 minit, lebih cepat dan tambang penerbangan murah.
Sekarang (bermula Disember 2008) MAS pun telah membuat penerbangan langsung dari KLIA ke Tawau Airport.  Jadi kalau tidak selesa dengan penerbangan tambang murah, bolehlah naik MAS.

Lapangan Terbang Tawau ke Semporna.
Tiba di Lapangan Terbang Tawau, tidak ada pengangkutan awam murah melainkan anda memilih menaiki teksi sewa ke Semporna selama 1 jam dengan kadar tambang RM100. Sekiranya hendak menaiki bas mini ke Semporna, anda perlu ke Tawau dengan menaiki bas sewa khas ke Tawau selama 40 minit dengan tambang RM10 sahaja.
Dari Tawau ke Semporna menaiki bas mini.
Dari Station Bas Semporna-Sandakan-Kunak di Tawau, anda boleh menaiki bas mini ke Semporna dengan tambang RM10 dengan mengambil masa selama 2jam.
Di mana hendak menginap?
Saya hanya dapat menyenaraikan dua tempat ini untuk anda tidur menginap berapa hari anda suka memandangkan saya mempunyai beberapa pengalaman kurang baik di beberapa penginapan yang lain. Kedua-dua tempat ini saya berani jamin ianya selamat dan memudahkan anda mendapatkan info lanjut mengenai perjalanan anda di Semporna. Anda boleh menempah bilik dan perkhidmatan yang disediakan lebih awal dengan hanya menggunjungi laman web mereka.
Tempat menarik yang boleh anda kunjungi di Semporna.
  1. Pulau Sipadan.
  2. Pulau Mabul.
  3. Pulau Kapalai.
  4. Pulau Mataking
semporna
map1mapsipadan
seafest
Hotel Seafest (3 star) www.seafesthotel.com
floating
Dragon Inn Floating Hotel www.dragoninnfloating.com.my

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...